THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Wednesday 2 September 2015

KONVOI MERDEKA 2015

Alhamdulillah atas kesempatan yang diberikan, dapat kita sama2 menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 dengan tema 'SEHATI SEJIWA' pada 31 Ogos yang lalu. Satu perkara yang aku paling suka sebab Malaysia ni ada banyak public holiday. I LOVE HOLIDAY!!! Who said housewife don't need one? Actually I'm not just a typical housewife with a daily chores only.. but I'm the WAHM (Working At Home Mom) who's doing something as a job while staying at home most of the time.

SO, CUTI MERDEKA BARU2 NI KORANG GI MANA?

Cuti Merdeka kali ni lah aku rasa cuti merdeka yang paling best dalam hidup aku. Sebabnya kali ni kitaorang join geng2 cikgu sekolah hubby ke program KONVOI MERDEKA jelajah Borneo menuju ke Tg Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. Kepada yang belum pernah dengar nama tempat ni, korang boleh teliti map kat bawah ni. TIP OF BORNEO ni merupakan bahagian paling UTARA (Bahagian Kiri Dalam Peta) atau paling atas dalam PETA MALAYSIA bahagian Pulau Borneo ni. Kalau dari Sempadan Sarawak-Sabah ambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan darat untuk sampai (macam yang kitaorang gi konvoi ni)


Lepas subuh kitaorang terus bertolak 5 buah kereta semuanya. Actually trip ni sebahagian aktiviti kursus sekolah yang cikgu2 ni kena buat. Ada di kalangan kami ni yang dah pernah datang sini termasuk hubby sendiri (Sempat lagi dua bulan dia dok sini sorang2 berjalan tanpa aku before aku dan anak2 datang sini? Hurm..untung sekarang kitaorang ada bersama2) Kali ni holiday kitaorang just bawak diri and standby kos je sebab semua diuruskan oleh geng2 sekolah ni. Sampai kat sana lebih kurang pukul 4-5 petang camtu and bila nampak je la laut depan mata, SUBHANALLAH biru nye..cantik tak terkata. Memang betul la seperti yang dilihat kat dalam photo pasal2 laut2 kat SABAH ni. NO FILTER OK!!! Then masa tu kitaorang terus heck-in chalet kat situ, TOMMY'S PLACE. Memang selesa and cantik sangat chalet ni, aku HIGHLY RECOMMEND utk korang sebab price pun sangat AFFORDABLE tau!




Lepas dah drop in luggage semua kat bilik masing2 and solat apa yang patut, kitaorang start aktiviti pertama terus ke TIP OF BORNEO ni yang jarak dalam 2KM je kot dari tempat stay ni. Kat situ aku terserempak dengan salah seorang ex-schoolmate yang tinggal kat KK (Kota Kinabalu) with her husband pun tengah makan angin kat situ. Sibuk aku dok borak ngan die, hubby dah turun bawah ngan Ziqri, aku pun tinggal je la kat atas tu dengan Zara sebab tak larat dah nak turun ke laut tu. So yg ada gambar Zara sorang je la kat sini.


Malam tu aktiviti BBQ yang geng cikgu2 ni dok bawak dari rumah lagi (Satu ice box penuh stock bawak dalam bonet kitaorang sebab kereta kitaorang paling banyak space kosong time tu. Aku ni kalau bab2 BBQ ni mcm tak dapat nak menghayati sangat macam orang lain, sebabnya aku ni ada resdung. Alergik kat Udang dan Ketam. Tu pun aku gatal2 tangan gi rasa sikit ketam pun dah start menggeragau hidung dibuatnya.

Esoknya pagi2 lagi kitaorang dah bangun gi mandi laut. Masa pagi2 tu cahaya suram lagi tak berapa nampak air laut yang biru macam waktu tengah hari. Tapi air nye jernih nampak ikan2 kecik berenang tu memang ye la. Pastu siap ada pelangi lagi kat awan, cantik sangat tapi tak berapa jelas lepas capture photo.


Aku ni mula2 pakai elok2 konon taknak mandi laut. Nak amek gambar je la kononnya..Last2 terpaksa jugak terjun ke air sebab nak pimpin budak2 ni mandi. Hai..sayangnya Zara dan Ziqri takut pulak dengan ombak laut. Dah pujuk2 pun nangis je Zara kat dalam tu. Ziqri mau la jugak tapi tak menghayati sangat mandi lautnya. Masing2 dok gayat tengok ombak pastu berpaut je kat kaki mama dia ni ha..


Lepas puas mandi and matahari pun nak start meninggi, kitaorang pun naik ke chalet, bersiap2 dan berkemas2 lepas tu gi breakfast kat cafe chalet tu. Senang sangat chalet ni betul2 tepi laut and nak buat apa2 aktiviti pun boleh kat situ sebab banyak kawasan lapang.
Dari Tg. Simpang Mengayau ni kitaorang bergerak balik dan singgah overnight kat KK satu malam. Alang2 dah lalu tu mesti la kena stay situ untuk aktiviti favourite kaum wanita ni, SHOPPING TIME!


Aktiviti malam kedua kat 1borneo Mall, shopping and bowling. Lepas tu makan seafood tempat biasa orang gi kalau kat KK ni, kat sebelah pasar Philiphines and again, aku tak dapat nak bedal semua makanan2 sedap yang ada sebabkan baru je lepas buat treatment resdung. After all, aku enjoy sangat berkumpul ramai2 dengan kawan2 baru yang dah jadi semakin rapat sejak join aktiviti bersama2 ni.



Ni baru tempat pelancongan menarik KEDUA yg kami dah pergi kat Sabah ni. Yang PERTAMA ke Kundasang, Sabah. Trip kali ni betul2 mengajar aku untuk lebih bersyukur dan menghargai masa2 yang ada bersama suami dan anak2 sebagai sebuah keluarga. NI BARU BETUL2 SEHATI SEJIWA! Tak dapat aku bayangkan jika aku tiada di sini dek kerana mahu bekerjaya di Semenanjung, suami keseorangan yang join kat sini?  NO WAY! Walaupun semuanya serba sederhana, yang penting kami ada untuk satu sama lain. Untuk aku sendiri dapat melancong setahun sekali pun syukur nikmat dan semuanya biar ikut kemampuan.

Melancong ialah sejenis hobi ke? Kalau macam aku setahun sekali dua gi ni tak kira hobi kot sebab hobi ni kan benda yang orang buat untuk isi masa lapang, betul tak? But hey, I've started to fall in love with travelling aktivities. Looking forward to explore more places soon, Inshaallah..

GO FOR ANYTHING WE LOVE AND ENJOY EVERY MOMENT WITH OUR LOVE ONE!
DON'T FORGET TO SAY ALHAMDULILLAH FOR EVERY CHANCE THAT ALLAH SWT GAVE TO US !!!

1 comment:

  1. bestnya pergi konvoi macam ni :)

    salam perkenalan dari www.syirasophie.blogspot.com

    ReplyDelete