THIS BLOG WAS CREATED ALONG THE JOURNEY TOWARDS MY BETTER LIFE AS I AM STRUGGLING THE VERY BEST OF ME AS A MOM OF TWO ADORABLE KIDS, ZIQRI (5YO) & ZARA (3YO), A LOYAL WIFE THAT ALWAYS WANNA BE BY MY HUBBY'S SIDE, Mr. ZAM (Mr. TEACHER) AND CURRENTLY WORKING ON MY ONLINE GRAPHICS DESIGN JOB on @m.designworks (instagram)

LET'S BE MY NEW FRIENDS AND SHARE YOUR OPINION WITH ME
ツ NICE TO MEET U TOO!

Monday 19 October 2015

cabaran PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)

Assalamualaikum wbr.. & hai semua! Actually dari dulu lagi aku teringin sangat nak kupas tentang topik ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Pernah tak korang dengar tentang "Perkahwinan Jarak Jauh atau PJJ ni"? atau mungkin ada di kalangan korang sedang mengalaminya sekarang?

Pada hari ni aku rasa topik ni bukan topik yang asing lagi sebab ada di kalangan rakan-rakan aku sendiri pun sedang mengalaminya sekarang ni. Mana tidaknya, suami atau isteri sudah pasti punyai kerjaya masing-masing dan ada yang lokasi pekerjaannya agak terhad contoh macam aku ni la..Interior Designer kerjaya yang lebih tertumpu dikawasan bandar2 besar. So bukan boleh sesuka hati nak mintak kerja sana sini. Ada juga yang bekerja di sektor awam pun masih sukar untuk dapat pertukaran daerah disebabkan qouta pekerja yang dah penuh di tempat2 yang kita nak tu.. Jadi dek kerana tuntutan kerjaya ni, maka ada dikalangan pasangan yang terpaksa tinggal secara berasingan untuk berada dekat dengan tempat kerja masing2.

Macam kes aku sendiri, by the time kitaorang kawin husband aku merupakan guru sandaran di sekolah menengah then dia dipanggil untuk melanjutkan pelajaran so that blh jadi guru yang terlatih. Aku percaya korang pernah dengar tentang GSTT (guru sandaran tidak terlatih ) dan program DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah ) ni kan? Sebab aku percaya dalam setiap family atau saudara mara pasti ada yang berada dalam bidang perguruan ni. So pada masa dia dipanggil kursus selama setahun di UPSI, Teluk Intan, Perak tu kitaorang stay kat Seremban, N9 dan masa tu kitaorang baru ada Ziqri sorang. Memandangkan masa yang diambil cuma setahun dan setiap minggu my husband boleh ulang alik jumpa kami di Seremban, maka aku pun dapat la meneruskan kerjaya macam biasa. Pengasuh Ziqri pun jiran belakang rumah je, senang kalau nak mintak tolong apa2..Hurm, macam2 jugak la kes2 berlaku masa ketiadaan suami kat rumah tu tapi tak la terlalu sukar untuk ditangani. Cabaran utama nya ialah kena bahagikan masa untuk kerja2 rumah dalam masa yang sama kena bagi sepenuh perhatian pada Ziqri sebab kita sorang je yang ada dengan dia masa tu. Kebanyakkan masa aku cuma bungkus je makan malam supaya masa kat rumah nanti aku tak perlu gunakan banyak masa didapur sebab nak pastikan keselamatan Ziqri terkawal. Masa tu Ziqri memang tengah lasak bukan main la..mana taknya, siang di rumah pengasuh dia banyak tidur je, bila balik rumah aktif dibuatnya. Tidur pun memang lewat jugak sebab dah banyak cover time siang kan..Masa yang paling aku tunggu2 mesti la hujung minggu masa hubby balik, dapat la aku rehat sikit bila dia layan Ziqri.

Sebenarnya pada pandangan aku sendiri, kalau buat sementara waktu kita nak tinggal berasingan disebabkan tuntutan kerjaya tu tak menjadi masalah sangat terutama kalau masih belum punya anak. Sebab kita hanya perlu uruskan diri kita seorang je. Memang la rasa rindu dan sunyi bila berjauhan tapi kita tak perlu nak dikirkan perkara lain selain perasaan kita je masa tu. Cabaran semakin sukar bila sudah punya anak terutama sekali lebih dari seorang dan pada masa tu kita tak punya ahli keluarga yang tinggal berhampiran. Siang kita la bekerja, malam kita lah mak, kita lah ayah dan jika ada perkara2 kecemasan berlaku, pasti agak sukar ditangani walaupun aku memang tidak menafikan betapa kuatnya seorang wanita tu boleh jadi. Sebab tu pada masa dan ketika my husband ditukarkan ke sini, dua bulan pertama aku cuba meneruskan hidup sendirian bekerja di Seremban tu dan pada ketika tu Zara dah ada dengan kitaorang. Siang aku bekerja, malam uruskan Ziqri dan Zara dan masing2 berebut perhatian dari aku. Zara tengah menyusu, abang pulak merengek buatkan susu. Aku percaya yang pernah alaminya memang faham sangat macam mana situasinya ni kan? Setiap malam aku berhempas pulas di rumah dan pada masa itu aku kira office dan kerja2 design tu merupakan satu rehat buat aku. Dua bulan tanpa kehadiran hubby cukup buat aku rasa macam hidup tapi tak bernafas..(sadis pulak bunyinya, tapi tu la hakikat yang aku cuba sampaikan)

So lepas aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung mak ayah aku di Perak seketika sementara tunggu my husband uruskan rumah baru kami di Sarawak ni. Mujur pada masa tu bos aku offer kerja kontrak dengan dia sebab dia nak aku follow up projek2 yang aku dah buat half way kat office tu. Jadi dapat la aku duit belanja apa yang patut..Nanti la lepas ni aku cerita pulak cabaran kerja online macam yang aku sedang sibuk uruskan sekarang ni. Berbalik pada topik tadi, dua bulan pulak aku tinggal dikampung dan pada masa tu aku rasa lega sikit sebab ada mak ayah temankan dan dapat juga bermain dengan cucu-cucu nya ni.

Setelah 4 bulan terpisah aku dan anak2 di Semenanjung, suami di Sarawak akhirnya kami kembali bersatu di sini sebagai sebuah keluarga perantau di bumi Borneo..belum happily ever after lagi..ada lagi cabarannya..nak tau kena la tunggu entry berikutnya..

..bersambung

No comments:

Post a Comment